Kedah e-Tutor App adalah satu sistem pendidikan atas talian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Pengenalan/Objektif
Aplikasi mudah alih Kedah e-Tutor App adalah satu inisiatif baharu oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman kepada pelajar-pelajar supaya prestasi pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan efektif. Aplikasi ini telah menyediakan video-video tuisyen yang mengrakumi pelbagai mata pelajaran yang tertakluk dalam Darjah 4 hingga Tingkatan 5.
Ciri-ciri
Senarai ciri-ciri yang disediakan adalah seperti berikut:
1. Video-video tuisyen
2. Carian video-video tuisyen
3. Maklumat pelajar
4. Kad laporan pelajar
5. Fungsi Ujian Kelajuan
Proses pembelajaran menjadi lebih mudah, cepat dan meluas kepada semua pelajar Negeri Kedah. "Belajar atas tangan" dapat dijalankan pada bila-bila masa, di mana jua.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, hubungi kami dengan menghantar e-mel kepada [email protected].
Khas untuk pelajar-pelajar Negeri Kedah sahaja.
Anda akan lebih memahami Kedah e-Tutor dengan melayari video di bawah.
https://youtu.be/1hyddydB8j4